Al Quran :  Hafazan        

 



 

Tarikh:

 

 

Daripada : Azizan Bin Ramli ( UT 0014403 - P )

Subjek: Kemahiran Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Tambahan SPM

Tarikh:

Assalamualaikum dan salam hormat.

Ibubapa dan pelajar,

Saya pernah mengajar di salah sebuah kolej swasta,selama hampir enam tahun.

Kelemahan ketara yang dihadapi oleh sebilangan pelajar ialah mereka tidak dapat merangka jalan kerja dengan baik,ketika menyelesaikan sesuatu soalan matematik.Dengan itu jawapan yang diberikan,pasti tidak menepati kehendak soalan berkenaan.

Menyedari masalah tersebut, saya mengambil inisiatif,untuk mengendalikan Halaman Matematik Tambahan ini.

Dalam menyelesaikan soalan , saya telah membahagikan kepada dua bahagian :-

"Kemahiran Dalam Menyelesaikan Masalah"-Dalam bahagian ini,saya akan tunjukkan gambaran keseluruhan kehendak soalan, dengan merangka jalan kerja yang dikehendaki.Pelajar hanya perlu conteng jalan kerja ini dalam kertas conteng.

"Penyelesaian" - Bahagian ini adalah jawapan sebenar yang perlu ditulis oleh pelajar dalam Buku / Kertas Jawapan Peperiksaan

Saya berharap , sumbangan kecil ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk lebih yakin ketika menduduki peperiksaan kelak.Halaman tuisyen ini boleh dilihat disini dan untuk mengikutinya,sila daftar sebagai ahli tuisyen ini.

Sekian, Terima kasih.

Yang benar,


© 2006    www.addmathtambahan.biz

All Right Reserved Worldwide