Al Quran :Dengar Baca  


Tarikh:

KHAS:Pelajar SPM - Melaka

 

 

Dengar Pembacaan Al Quran  Baca Al Quran  

KELAS TUISYEN INSENTIF

  

Tarikh:

Daripada : Azizan Bin Ramli

Subjek : Kelas Tuisyen Matematik Tambahan

            Kertas 2 - SPM 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ibubapa dan pelajar yang dihormati,

Sebagai persiapan untuk  pelajar menghadapi  peperiksaan SPM 2018,saya bercadang untuk menganjurkan kelas tuisyen khas , kepada pelajar yang akan menduduki Matematik Tambahan Kertas 2.

Biasanya,pelajar tidak mempunyai masalah untuk menjawab Soalan Kertas 1, manakala Kertas 2 pula sering dianggap sebagai "Killer Paper"

Secara peribadi,saya berpendapat Kertas 2 juga boleh dijawab dengan baik,jika pelajar dapat memahami konsep penting yang "tersembunyi" dalam soalan - soalan di Bahagian A, B dan C itu.Soalan menguji pelajar dalam aspek  Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.( KBT )

  1. Bahagian A - Mengandungi 6 soalan yang perlu dijawab kesemuanya oleh pelajar.Pelajar seharusnya tahu menggunakan Kemahiran Menyelesaikan Masalah.

  2. Bahagian B - Pelajar dikehendaki menjawab 4 daripada 5 soalan yang ada .Jika pelajar dapat mengenalpasti  katakunci yang ada dalam soalan berkenaan ,ia memudahkan mereka menggunakan Kemahiran Menyelesaikan Masalah itu.

  3. Bahagian C - "Kepakaran" pelajar untuk fokus pada topik - topik tertentu sangat penting untuk bahagian terakhir ini.Pelajar hanya perlu menjawab 2 daripada 4 soalan yang dikemukakan. Tidak mustahil untuk pelajar mendapat markah maksimum,jika mereka mengetahui untuk memilih topik yang relevan dengan keupayaan diri mereka.

Saya hanya menghadkan kepada 5 orang pelajar pada satu kumpulan ,supaya, dapat diwujudkan kominikasi dua hala yang lebih berkesan.

Kelas Tuisyen Khas SPM 2018

Matematik Tambahan Kertas 2

 

Tempat : Perbadanan Perpustakaan Melaka

                     Jalan Bukit Baru,Melaka

Bulan : Ogos, September & Oktober 2018

                  ( Jadual sebenar akan diumumkan kelak )

Bayaran : RM30 setiap pelajar

 

Cara Untuk Menempah Tuisyen

Tempahan untuk mengikuti kelas tuisyen ini boleh dibuat samada daripada tempahan secara berkumpulan atau secara individu

Tempahan secara Berkumpulan

  • Anda bentukkan satu kumpulan anda sendiri,yang terdiri daripada 2,3,4 atau 5 pelajar

  • Lantik seorang wakil kumpulan , yang bertindak memohon bagi kumpulannya dengan mengisi butiran di Borang Tempahan Berkumpulan

  • Kumpulan yang telah mempunyai 5 orang pelajar ,wakil kumpulan hendaklah segera whatsApp saya , untuk memberitahu yang Borang Tempahan Berkumpulan telah  dihantar.

Tempahan dari Individu

Sila guna Borang Tempahan Individu

  • Kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar dikira sebagai satu kumpulan

  • Borang Tempatan Berkumpulan ( yg mengandungi 2, 3, atau 4 pelajar ) yang saya terima , akan saya bentukkan untuk menjadi satu lagi kumpulan.Baki kekosongan bagi kumpulan berkenaan, akan saya ambil daripada pelajar yang memohon secara individu.

  • Tempahan akan ditutup pada 30/09/18

Kumpulan Kelas Tuisyen Yang berjaya Dibentuk

Kesemua pelajar yang menempah samada secara berkumpulan atau individu dan berjaya ditempatkan sebagai suatu kumpulan akan saya maklumkan melalui emel masing -masing

Bagi yang tidak berjaya,mereka juga akan diberitahu sebagai persediaan untuk diserapkan sekiranya afa ahli kumpulan yang menarik diri atau sekiranya ada permintaan, mereka akan diberi keutamaan untuk mengikuti kelas tuisyen bulan berikutnya.

Perhatian

  1. Saya akan bincang dengan pihak perpustakaan untuk penetapan tarikh dan masa kelas tuisyen , setelah selesai proses pembentukkan kumpulan tuisyen

  2. Saya tidak melantik mana - mana pihak untuk pengendalian kelas tuisyen ini, pelajar tidak perlu membayar lagi, cuma buat tempahan dahulu.

  3. Sebarang pertanyaan, sila WhatsAP, SMS : Azizan Ramli 0139167993 atau emel

Terima kasih.

Yang benar,